Christopher Tiao terlebih dahulu membuka jaringan buat pasukan pelawat di separuh masa pertama sebelum Miguel Sandberg menambah derita Singapura pada minit ke-73 untuk kedudukan 2-0 di Stadium Kebangsaan Singapura.
Irfan Najeeb menemui sentuhan jaringan buat tuan rumah yang cuba merapatkan jurang permainan, tetapi Ange Kouame memberi kemenangan berharga buat Chinese Taipei selepas menewaskan penjaga gol berpengalaman, Izwan Mahbud.
Full Time at National Stadium. pic.twitter.com/GeBQ3McOi9
— FAS (@FASingapore) November 18, 2024
Berselang dua minit kemudian, Shawal Anuar seakan menghidupkan peluang buat Singapura susulan berjaya menembus gawang Chinese Taipei, namun masa mencemburui Singapura untuk melakar kebangkitan.
Sebagai rekod, kali terakhir Singapura pernah menumpaskan Chinese Taipei 3-1 adalah pada tahun lalu.
Aksi tersebut dijadikan umpama pemanas badan buat Singapura yang akan menghadapi kejohanan tertinggi Asia Tenggara itu, bulan depan.