Yohandry Orozco mengucapkan selamat tinggal dan kini, seorang lagi bintang Venezuela bakal beraksi buat Selangor FC musim 2025/26.
Pemain yang dimaksudkan ialah Juan Pablo Anor atau Juanpi -- menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Selangor semakin hampir memuktamadkan perpindahan pemain berusia 31 tahun itu.
“Tonggak tengah antarabangsa Venezuela, Juan Pablo Anor atau Juanpi dikhabarkan hampir pasti untuk sertai Selangor FC bagi saingan Liga Malaysia musim 2025/26.
“Pemain berusia 31 tahun itu memiliki 27 penampilan bersama skuad utama Venezuela,” katanya di X.
Juanpi pernah mewarnai saingan LaLiga semasa beraksi untuk Malaga dari 2014 hingga 2018. Ini bermakna beliau juga pernah beraksi menentang dua legenda hebat, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Selain Malaga, beliau juga pernah beraksi untuk SD Huesca, Caracas FC, Panetolikos dan Volos NPS. Juanpu juga tidak asing di Asia kerana pernah beraksi untuk kelab Arab Saudi, Al-Ain selama dua musim.
Kehadiran Juanpi dilihat bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang Jordan, Ali Olwan dan Orozco.
Selain Ali dan Orozco, pengurusan Merah Kuning turut memutuskan bakal tanpa khidmat Ronnie Fernandez, Nikola Jambor dan kapten pasukan dari Singapura, Safwan Baharudin.

Tonggak tengah antarabangsa Venezuela, Juan Pablo Anor @ Juanpi dikhabarkan hampir pasti untuk sertai Selangor FC bagi saingan Liga M musim 2025/26. ??
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 16, 2025
Pemain berusia 31 tahun itu memiliki 27 penampilan bersama skuad utama Venezuela. ??@ASTROARENA