BOLA SEPAK MSIA
Pernah belatih bersama JDT salah satu sebab setuju main Malaysia -- Hector Hevel
"Memiliki kesempatan sebentar berada di JDT merupakan salah satu mengapa saya bersetuju bermain untuk Malaysia."
Pemain sensasi warisan terbaru negara, Hector Hevel, mendedahkan antara sebab utama menyarung jersi kebangsaan adalah kerana berbesar hati dapat melewati kelab terbaik negara juga gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selain pernah meluangkan masa bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menjadi sebahagian daripada revolusi Harimau Malaya, jeneral berpengalaman Portimonese itu mengakui pasukan selatan tanah air itu juga menawarkan keterujaan buat dirinya menabur bakti di Malaysia.

"Ada masa saya pernah berlatih bersama JDT," katanya di laman Instagram.
Perkara itu dikongsikan oleh Hevel kepada peminat yang tidak mahu melihat dirinya berkecimpung dalam industri liga tempatan atas faktor aksi yang tidak kompetitif.
Namun, pemain berusia 28 tahun itu menafikan sebaliknya dan menegaskan bahawa ia adalah satu penghormatan jika dapat bermain di dalam terbesar.
"Satu kebanggaan dapat bersama negara dan keistimewaan berada di kelab besar," tambahnya.
Menerusi kenyataannya itu, Hevel seperti tidak menolak kemungkinan bakal menyarung jersi skuad Harimau Selatan pada masa akan datang.
Dia juga melafazkan keyakinan bahawa pemain yang memiliki kaitan dengan Malaysia berkelana di luar negara tidak akan ragu-ragu menyertai pasukan bimbingan Peter Clamovski kerana mempunyai peluang menandatangani bersama antara pasukan terbaik Asia, JDT.
Ketika debutnya dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia, Hevel menonjolkan aksi memukau mengawal bahagian tengah permainan termasuk menjaringkan satu gol membantu juara Pestabola Merdeka 2024 itu mencapai kemenangan pertama menewaskan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Selasa lalu.