Kelab J-League 1, Cerezo Osaka, memuji aksi pertahanan sayap Harimau Malaya, Dion Cools, selepas melakukan penampilan pertama bersama kelab itu hujung minggu lalu.
Pemain warisan berusia 29 tahun itu diturunkan sebagai pemain gantian ketika Cerezo berdepan seteru setempat, Gamba Osaka, di Stadium Yodoko Sakura.
Tiga minit selepas gawang mereka dibolosi Riko Handa pada minit ke-70, Cerezo memasukkan Cools untuk kembali memperkukuhkan pertahanan mereka.
Cools kemudian mempamerkan aksi cukup meyakinkan, bahkan hampir menyamakan kedudukan pada penghujung permainan tetapi jaringan itu dibatalkan kerana rakan sepasukannya berada di kedudukan ofsaid.
"Dion Cools melakukan penampilan pertamanya bersama Cerezo Osaka dalam Derby Osaka," tulis kelab itu dalam satu kiriman media sosial.
"18 minit permainan, 100 peratus terjahan bersih, 82 peratus ketepatan hantaran dan hampir membantu jaringan penyamaan pada minit terakhir.
"Satu permulaan yang padu, lebih banyak aksi cemerlang dengan menyarung jersi Sakura selepas ini.”