Skip to main content

Bola Sepak

Permohonon Lesen Kebangsaan telah ditutup, MFL sedang teliti dokumen kelab Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl1.jpg
Permohonan Lesen Kebangsaan bagi semua kelab yang akan bertanding dalam Liga Super Malaysia 2025/26 sedang memasuki fasa akhir, sejurus tarikh telah ditutup semalam seperti dimaklumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Badan induk pengelola liga tempatan itu telah menerima sebanyak 387 Dokumen setiap pasukan mengenai kriteria kewangan, perniagaan, kakitangan dan pentadbiran, perundangan, sukan dan infrastruktur untuk dinilai dan memulakan proses semakan.

Selepas laporan lengkap telah disiapkan, First Instance Body (FIB) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan siapakah yang akan layak bermain dalam kancah tertinggi bola sepak negara ini. 



 

Advertisement

Must Watch Video