Skip to main content

Bola Sepak

Perlu sentiasa bersedia -- Jelas Raphinha kepada Marcus Rashford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raphin.jpg
Pemain sayap lincah Barcelona, Raphinha, mengalu-alukan persaingan tambahan dalam jentera serangan Barcelona susulan ketibaan penyerang skuad kebangsaaan England iaitu Marcus Rashford.

Rashford melengkapkan pertukaran pinjaman selama semusim dari Manchester United bulan lalu selepas khidmatnya tidak menarik minat Ruben Amorim di Old Trafford.

Pemain berusia 27 tahun itu menghabiskan kempen 2024/25 secara pinjaman di Aston Villa pada pertengahan musim lalu, dengan rekod menyumbangkan sembilan gol buat skuad kendalian Unai Emery dalam semua kejohanan.



 


Dia menyertai barisan serangan Barca yang telah merekodkan 174 gol dalam semua pertandingan musim lalu, dimana jauh lebih banyak daripada pasukan lain dalam lima liga tertinggi di Eropah -Robert Lewandowski (42), Raphinha (34), Ferran Torres (19) and Lamine Yamal (18)- musim lalu.

"Apabila anda bermain dengan jersi ini, dengan kelab ini, anda perlu sentiasa bersedia untuk semua pertandingan yang ada.

"Pada pandangan saya, lebih banyak saingan yang kami ada, ia lebih baik. Ini bermakna satu pihak akan membantu pihak lain untuk lebih maju dan itu adalah perkara paling penting jika mahu merangkul kejuaraan." katanyanya kepada Diario Sport.


 


Rashford telah membuat dua penampilan sejak berpindah dengan masuk sebagai pemain gentian selepas membantu kemenangan dalam siri pramusim Barcelona berdepan Vissel Kobe dan Seoul.

Advertisement

Must Watch Video