Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan United-Liverpool ditunda susulan protes anti-Glazer

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

old-trafford.jpg
Perlawanan Manchester United menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri tepaksa ditunda selepas penyokong pasukan The Red Devils itu bertindak menceroboh Old Trafford dalam satu gerakan protes anti-Glazer.

Penyokong United menceroboh padang Old Trafford sebagai tanda protes kepada pemilik kelab itu selepas berhimpun di luar hotel pasukan berkenaan sebelum perlawanan menentang Liverpool yang dijadualkan malam tadi.

Penglibatan kelab itu dalam Liga Super Eropah (ESL), yang kemudiannya digagalkan, telah menghidupkan kembali kebencian lama terhadap pemilikan di Old Trafford.

Glazer, yang memiliki kelab itu secara pembelian yang dimanfaatkan pada 2005, telah lama tidak digemari penyokong pasukan itu tetapi semakin dibenci sepanjang beberapa minggu ini.

Penyokong United berkumpul di sekitar Hotel Lowry -- penginapan pemain United sebelum perlawanan -- malam tadi dan melemparkan bom asap dan menyalakan suar sambil melaungkan kata-kata anti-Glazer.

Demonstrasi berkenaan tidak berakhir setakat itu dengan beberapa penyokong mula mencerobohi stadium dan ke padang selepas terdahulu menghidupkan suar di bahagian tepi dan melontarnya ke arah ruangan pengarah dan kawasan media. Penonton pada ketika ini masih tidak dibenarkan untuk hadir menyaksikan perlawanan EPL berikutan pandemik koronavirus.

Premier League pada awalnya mengumumkan bahawa sepak mula perlawanan itu dilewatkan dan kelihatan tetap mahu meneruskannya dengan kedua-dua pasukan telah menyenaraikan kesebelasan utama.

Tetapi beberapa jam melewati waktu asal sepak mula, ia kemudian disahkan bahawa perlawanan berkenaan akan dimainkan pada satu tarikh berbeza.

"Selepas berbincang dengan pihak polis, Premier League, Trafford Council dan kelab, perlawanan kami menentang Liverpool telah ditunda atas pertimbangan keselamatan disebabkan protes hari ini. Perbincangan kini akan diambil alih Premier League bagi menentukan tarikh baru perlawanan ini," kata United dalam satu kenyataan.

"Penyokong kami amat menyayangi Manchester United dan kami amat menyedari hak mereka untuk meluahkannya dan protes secara aman.

"Bagaimanapun, kami kecewa dengan gangguan terhadap pasukan dan tindakan meletakkan penyokong lain, staf dan pihak polis dalam bahaya.

"Kami berterima kasih kepada pihak polis kerana sokongan mereka dan akan membantu mereka dalam apa jua siasatan," katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan Premier League pula berkata: "Susulan pencerobohan keselamatan di Old Trafford, perlawanan Manchester United dan Liverpool telah ditunda.

"Ia merupakan keputusan bersama daripada polis, kedua-dua kelab, Premier League dan pihak berkuasa tempatan.

"Keselamatan dan kesejahteraan semua di Old Trafford akan kekal menjadi keutamaan. Kami memahami dan menghormati perasaan yang kuat itu tetapi mengutuk kesemua tindakan keganasan, kerosakan jenayah dan pencerobohan, terutama melibatkan pelanggaran peraturan COVID-19.

"Penyokong mempunyai banyak saluran untuk meluahkan pandangan mereka tetapi tindakan segelintir yang dapat dilihat hari ini tidak dapat diterima.

"Kami bersimpati dengan polis dan petugas yang perlu menghadapi situasi berbahaya yang seharusnya tidak mendapat tempat dalam bola sepak.

"Penjadualan semula perlawanan ini akan diumumkan pada waktu yang sesuai," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video