Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan Udinese-Salernitana dibatalkan, pelawat gagal ke laman lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

udinese.jpg
Perlawanan Serie A di antara Udinese dan Salernitana awal pagi tadi terpaksa dibatalkan selepas pasukan pelawat gagal ke Dacia Arena.

Pasukan tercorot Serie A, Salernitana, tidak dibenarkan untuk meneruskan kunjungan itu berikutan larangan pihak berkuasa kesihatan tempatan gara-gara peningkatan kes koronavirus dalam pasukan itu.

Udinese, bagaimanapun, tetap mahu meneruskan perlawanan itu, termasuk menamakan kesebelasan utama mereka.

Pengarah Udinese, Pierpaolo Marino, berkata kepada DAZN: "Liga ini mengambil keputusan yang tepat untuk tidak menunda perlawanan ini.

"Mereka mempunyai tugas untuk melindungi peraturan bagi liga musim ini dan satu perlawanan tidak boleh ditunda seandainya seorang pemain diuji positif.

"Kami berkunjung ke Rome untuk menentang Lazio dengan tujuh pemain dan jurulatih terpaksa diketepikan kerana  COVID-19 musim lalu dan kami menang 3-1."
 
Perkara sama berlaku musim lalu, di mana Napoli gagal untuk turun beraksi menentang Juventus dan terpaksa menarik diri daripada perlawanan itu.

Napoli, bagaimanapun, memenangi rayuan mereka dan perlawanan itu dijalankan semula.

 

Advertisement

Must Watch Video