Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan Sumbangsih: Selangor tak 'goyang', Harimau Selatan sedia mengaum

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sel.jpg
Selangor bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim sebagai satu lagi pasukan yang diharapkan mampu memadam rekod cemerlang Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman sendiri.

Ia menyaksikan JDT selaku juara liga Super 11 kali berturut-turut hanya gagal sekali untuk keluar sebagai pemenang dalam aksi Perlawanan Sumbangsih iaitu pada 2017.

Begitupun, kapten The Red Giants, Nooa Laine, tampak enggan menjadikan rekod itu sebagai ancaman buat pasukannya menjelang pertembungan kedua-dua pasukan malam ini.

"Secara jujurnya saya tidak berasakan kami patut fikirkan rekod mereka, kami tahu JDT kuat di laman sendiri. Kami tahu ia tidak akan menjadi perlawanan yang mudah.





"Tetapi kami yakin dengan kebolehan pasukan kami dan berikan aksi terbaik," katanya.

Sementara itu, skuad bimbingan XiscoMmunoz hadir dengan persiapan terbaik di Sepanyol setelah merekodkan tiga kemenangan, dua kali seri dan dua kekalahan.

Kapten Harimau Selatan, Natxo Insa, mengakui keputusan itu menggambarkan mereka sudah bersedia tampil lebih garang musim ini sambil menjelaskan mengenai ketiadaan Juan Muniz dalam skuad itu bagi musim ini.

"Kami menghadapi pasukan yang bagus ketika sesi pramusim, kami akan berikan yang terbaik untuk aksi esok kerana kami tahu betapa pentingnya aksi esok.






"Saya rasa dia pemain yang bagus tetapi kami ada 34 pemain yang sedia berikan yang terbaik, kami bertuah dengan kualiti pemain yang ada. Kami bersedia." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video