Menjelang perlawanan sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah membabitkan Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, pada 8 Ogos ini.
Bekas kapten The Red Giants, Razman Roslan, berpendapat kem Gergasi Merah perlu berasa risau selepas gagal mempamerkan taring di hadapan gawang ketika perlawanan persahabatan berdepan Asia Warriors yang berakhir dengan keputusan tanpa jaringan baru-baru ini.
Razman berpandangan meskipun ia sekadar perlawanan pertunjukan, ia menunjukkan ketumpulan jentera serangan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi ketika menghadapi skuad yang sudah lama bersara.
"Bagi saya memang sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku untuk pasukan profesional seperti Selangor yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan akan bertemu JDT dalam Piala Sumbangsih.
"Sedikit merisaukan buat penyokong, memanglah tiada latihan dan kebanyakan pemain kami (Asia Warrior) sudah lama bersara. Jadi raih keputusan itu sangat baik buat kami.
"Selangor perlu perbaiki lebih banyak lagi dalam aspek serangan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Dia turut menegaskan Willian Lira perlu mengambil tanggungjawab penuh menjadi penggempur utama Selangor sekali gus membuktikan statusnya sebagai pilihan import yang berbaloi buat pasukan dari Lembah Klang itu.
"Daripada keseluruhan, saya rasa Lira perlu ambil tangunggjawab selaku penyerang utama musim ini. Corak permainan ada cuma jaringan dan percubaan yang tiada." tambahnya.