Skuad bola sepak wanita negara membenam cabaran Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-1 dalam satu aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 yang berlangsung secara tertutup di Dubai, malam tadi.
Nurfazira Muhammad, Intan Sarah dan Nur Adrienna meletakkan nama selaku penjaring.
Skuad kendalian Joel Cornelli itu akan bertemu sekali lagi dengan UAE dalam aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 bagi aksi kedua secara tertutup pada Ahad ini.
Malayan Tigress dalam kem latihan pusat di Dubai bagi persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 di Dushanbe, Tajikistan yang akan bermula 29 Jun hingga 5 Julai ini.
Mengikut format yang ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hanya johan kumpulan akan mara ke pusingan akhir.
Untuk rekod, Malaysia layak ke kempen tertinggi itu pada 1995 ketika menjadi penganjur selain pencapaian terbaik ialah mengakhiri kancah di tempat ketiga pada 1983 di Thailand.