Bekas ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, menyeru kebangkitan semula pasukan Kelantan menerusi sokongan tidak berbelah bahagi penyokong dari negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu.
Walaupun Kelantan ada tiga wakil yang akan bersaing di pentas Liga Super dan Liga Semi-Pro A1, iaitu Kelantan Darul Naim (KDN), Kelantan Red Warriors (KRW) serta Kelantan WTS, tidak perlu ada sensitiviti yang membawa kepada istilah rugi untuk pembangunan bola sepak Kelantan.
"Kehadiran penyokonglah yang akan berikan semangat kepada pemain-pemain," katanya.
Walaupun mengharungi zaman gelap kebelakangan ini, aksi amal Piala Duo di antara Bekas Pemain Treble Kelantan bertemu Bekas Pemain Selangor membuktikan minat dari penyokong di negeri itu masih bersisa.
18,000 tiket habis terjual dan Stadium Sultan Muhammad IV dibanjiri lautan penyokong yang mahu melihat pemain kesayangan mereka beraksi walaupun cuaca tidak mengizinkan dengan hujan lebat sepanjang perlawanan.
"Terima kasih kepada semua penyokong-penyokong sampai stadium rapat ke pagar.
"Penyokong Kelantan tetap setia gila dengan bola sepak," kata seorang lagi bekas kapten Kelantan, Badri Radzi.
Tambah bekas pertahanan Kelantan, Latiff Suhaimi, "Saya gembira dapat menghiburkan penyokong."
Dalam aksi malam tadi, pasukan Bekas Pemain Kelantan Treble mengekalkan penguasaan aksi amal sebaik menang ke atas Bekas Pemain Selangor menerusi jaringan 4-3.
Antara penjaring Kelantan adalah Daudsu Jamaluddin, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin serta Nik Shahrul Azim Nk Abdul Halim, manakala penjaring pelawat terdiri daripada Rudie Ramli dan Forkey Doe.