Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan bertukar tragedi, seorang pemain maut dipanah petir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peru-football-lightning.jpg
Seorang maut selepas dipanah petir di padang bola sepak di bandar Junín, Peru ketika perlawanan baru sahaja dihentikan ekoran cuaca ribut.
 

Seorang pemain terbunuh dan lima lagi mengalami kecederaan selepas dipanh petir dalam perlawanan yang berlangsung di Peru.

Jose Hugo de la Cruz Meza, merupakan individu pertama rebah dalam video yang dimuat naik susulan pengadil perlawanan mengambil keputusan untuk menghentikan permainan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Penjaga gol, Juan Chocca Llacta, 40, turut disambar petir dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesan kebakaran yang serius di seluruh badan. 

Dua pemain remaja berusia 16, 19 tahun dan seorang lagi berusia 24 tahun antara yang mengalami kecederaan namun dikhabarkan stabil selepas dibawa ke hospital. 

Tragedi itu berlaku semasa kejohanan serantau di Chilca, salah satu daripada 28 daerah yang membentuk wilayah tengah Peru Huancayo, antara dua pasukan tempatan yang dipanggil Juventud Bellavista dan Familia Chocca.

Sumber: The Sun

Advertisement

Must Watch Video