Mourinho memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa pada musim pertamanya di Old Trafford sebelum mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim berikutnya di tempat kedua.
Begitupun, pengurus Portugis itu yang mendedahkan dia mengalami hubungan kerja yang sukar dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United, Ed Woodward, dan dipecat pada Disember 2018 susulan siri keputusan yang buruk.
Nasib juara Inggeris 20 kali itu bertambah baik sejak pemergiannya, dengan pengurus Belanda, Ten Hag, menduduki kerusi panas berkenaan pada 2022 selepas tempoh Ole Gunnar Solskjaer dan jurulatih sementara, Ralf Rangnick.
“Hubungan saya dengan Ed Woodward adalah baik -– baik dari sudut pandangan peribadi,” kata Mourinho kepada Telegraph.
Manchester United has announced that Jose Mourinho has left the Club.
— Manchester United (@ManUtd) December 18, 2018
We would like to thank him for his work during his time at Manchester United and wish him success in the future. #MUFC
“Tetapi dari sudut pandangan profesional ia bukanlah yang terbaik.
“Saya seorang peminat bola sepak sejati. Ed datang dari latar belakang yang berbeza dan apa yang Ten Hag di Manchester United pada ketika ini tidak pernah saya miliki. Saya tidak mempunyai tahap sokongan seperti yang dinikmatinya. Saya tidak mempunyai tahap kepercayaan itu.
“Jadi saya pergi dengan sedih kerana saya rasa berasakan masih berada pada awal proses.
"Dalam beberapa ketika, saya rasa jika mereka mempercayai saya dan percaya kepada pengalaman saya, perkara mungkin jadi berbeza."