Sky Sports akan menayangkan sekurang-kurangnya 215 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim akan datang sebagai sebahagian daripada perjanjian hak domestik bernilai sebanyak £6.7 bilion (RM39.51b).

Penyiar itu memperoleh empat daripada lima pakej yang ditawarkan dalam tender hak domestik terkini liga untuk musim 2025/2026, manakala TNT Sports memperoleh pakej untuk menayangkan 52 perlawanan.

Amazon, yang menyiarkan 20 perlawanan setiap musim ketika ini tiada hak hingga akhir musim 2028/2029.



EPL berkata dengan nilai perjanjian yang diumumkan -- yang turut meliputi hak siaran bukan secara langsung -- ialah £6.7b yang merupakan perjanjian hak media sukan terbesar dalam sejarah United Kingdom (UK).

Perjanjian siaran langsung di televisyen -- selama tiga musim ketika ini dan akan berakhir 2024-25 -- dilaporkan bernilai £5b (RM29.48b).