Skip to main content

Bola Sepak

Perisai Komuniti: Erling Haaland sedia gempur Liverpool, kata Guardiola

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haaland.jpg
Erling Haaland cukup cergas untuk memainkan peranan bersama Manchester City dalam pertembungan Perisai Komuniti menentang Liverpool, tengah malam ini, menurut Pep Guardiola. 

Pemain berusia 22 tahun itu hanya terlibat selama 40 minit aksi pra-musim sejak dipancing daripada Borussia Dortmund awal jendela perpindahan ini.

Guardiola menguruskan kecergasan terhadap penyerang prolifik tersebut -- meledak 86 gol dalam 89 penampilan bersama Dortmund -- dengan berhati-hati dan dia sudah bersedia untuk diketengahkan menggempur Liverpool. 

"Dia sudah bersedia untuk beraksi dan tanggapan pertama terhadapnya adalah benar-benar baik, dia seorang yang lucu. Dia benar-benar selesa dengan pasukan. Itu penting," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu. 





“Nampaknya orang fikir ia bukan satu perkara paling mustahak tetapi dia diterima dengan baik di dalam bilik persalinan kerana ia lebih penting daripada sebarang nasihat atau apa-apa perkara lain yang boleh anda katakan.

"Kami cuba untuk menyesuaikan diri dengan keluarganya, cuba mengenali antara satu sama lain di dalam latihan, kami merancang apa yang mahu dilakukan termasuk musim-musim sebelumnya. Kualiti akan hadir dengan sendirinya."
 

Advertisement

Must Watch Video