Perisai Komuniti: Arteta manfaat peraturan baru bawa Arsenal julang gelaran

Muzaffar Musa
Ogos 7, 2023 12:17 MYT
Mikel Areta menjadi mangsa dan penerima manfaat pertama peraturan baru ketika Arsenal menewaskan Manchester City 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 sepanjang masa sebenar dalam penentuan Perisai Komuniti (Community Shield) di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Pengurus The Gunners, Arteta, dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Stuart Attwell, kerana membangkang keputusannya, di mana ia sebahagian daripada peraturan baru melibatkan kelakuan pengurus.
Bagaimanapun, pengurus berbangsa Sepanyol itu juga menerima manfaat daripada peraturan baru melibatkan pembaziran masa dan mengekalkan bola dalam permainan -- bermakna waktu kecederaan yang lebih panjang -- sehingga membenarkan pasukannya untuk meraih gol penyamaan pada minit ke-101.
"Ia amat bagus dapat melakukannya. I sudah melampau dan kini setiap pasukan perlu berfikir dua kali (untuk membazirkan masa).
"Kami perlu bersedia untuk beraksi selama 100 minit. Ia akan berlaku setiap minggu," katanya.
Mengenai kad kuning yang dilayangkan kepadanya, Arteta menambah: "Saya tidak boleh mengubah kelakuan saya dalam tiga hari dan saya tidak boleh kata yang esok kami akan bermain tanpa ofsaid dan apa yang penjaga garisan sedang buat? Saya akan mencuba yang terbaik."
#bola sepak #Arsenal #Manchester City #Liga Perdana Inggeris #Perisai Komuniti #Mikel Arteta
;