EPL
Pergi ke Malaysia sangat memalukan, Man Utd datang sebab nak duit
Kehadiran Manchester United ke Malaysia selepas 17 tahun sepatutnya menjadi detik terindah, namun ia dibanjiri dengan komen negatif daripada pelosok dunia.
Ada yang berpendapat bahawa kedatangan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan waktu yang sesuai memandangkan semua pemain mengharungi musim yang sukar untuk ditelan.
Lebih pahit, kelab terkemuka England itu tewas mengejut 0-1 kepada pasukan pilihan Asia Tenggara (ASEAN) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Rabu lalu.
Iklan
Sebagai peminat, sudah tentu mereka mahu meraikan bintang-bintang tersebut dan meletakkan jangkaan tinggi.
@saeedtv_ This Malaysia trip has been EMBARRASSING! #manchesterunited #mufc #malaysia #football #comedy ♬ original sound - SaeedTV_
Keletihan, kurang bersemangat dan jadual padat mengakibatkan pemain tidak menonjolkan kualiti terbaik, namun ia tetap waktu yang sangat dihargai penyokong tempatan.
Ada yang kurang senang dengan jelajah pascamusim itu kerana menganggap ia adalah perkara yang sia-sia.
"Jejalah di Malaysia sangat memalukan.
"Manchester United berbuat demikian kerana mereka memerlukan duit.
"Mereka harus mendapatkan duit dengan pelbagai cara.
"Itu sangat buruk," kata seorang pempengaruh di TikTok.
Must-Watch Video