Pemain bola sepak kebangsaan yang terpilih untuk bermain dalam perlawanan persahabatan yang membabitkan pasukan atau kelab besar di dunia seharunya tidak melepaskan peluang tersebut.
Menurut bekas pemain kebangsaan Joseph Kalang Tie, ia merupakan peluang dan ruang yang mungkin hanya akan hadir sekali sahaja seumur hidup mereka yang mana mampu dimanfaatkan jika peluang tersebut digunakan sepenuhnya.
Bercerita tentang pengalaman beliau yang pernah menyarung jersi negara ketika mengharungi perlawanan menentang beberapa kelab ternama dunia, beliau mengakui bahawa itu adalah sebahagia momen terbaik sepanjang kariernya ketika aktif bermain bola sepak.
"Sebuah pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit sebab pengalaman itu bila kamu perolehi memang orang kata memang tak dapatlah digambarkan sebab kita yang merasa. Jadi pemain-pemain Malaysia yang akan diberi peluang itu mereka harus pergi kerana pengalaman sebegini hanya sekali seumur hidup." Jelasnya kepada media.
Jelasnya lagi nilai pengalaman tersebut lebih dirasai apabila beliau telah bersara dan tidak lagi berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan seperti sebelumnya.
Beliau sebelum ini pernah bersama pasukan negara ketika mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab gergasi seperti Chelsea, Liverpool dan Tootenham Hotspur ketika mereka mengadakan siri jelajah pra musim sedikit masa lalu.
Namun ketika ini belau telah bersara sepenuhnya dan kini menggalas tugas selaku Penolong Ketua Jurulatih Piala Beliau Kuching City.
Justeru beliau menitipkan pesan kepada pemain yang kini menggalas tanggungjawab untuk negara memanfaatkan peluang sepenuhnya untuk mengambil pengalaman dan pelajaran jika terpilih untuk menyertai pasukan ASEAN All Star yang dijadualkan bakal berdepan dengan pasukan Manchester United dalam perlawanan persahabatan hujung bulan ini.