Skip to main content

Bola Sepak

Perez pernah cuba pancing Messi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

florentino-perez.jpg
Presiden Real Madrid, Florentino Perez, mendedahkan bahawa dia telah cuba menandatangani bintang Barcelona, Lionel Messi, menyertai senarai Galacticos.

Ketika mula-mula memegang jawatan itu pada tahun 2000, Perez telah berjaya membantu Madrid mendapatkan Zinedine Zidane, David Beckham, Luis Figo dan Ronaldo.

Perez yang kini berusia 70 tahun menjelaskan, Messi sudah pasti akan bersama Los Blancos seandainya dia berada di tahap seperti sekarang ketika mula-mula menyertai skuad muda Barcelona.

"Jika Messi telah wujud ketika saya mula tiba di Madrid sebagai presiden, saya pasti akan mendapatkannya," kata Perez.

"Dia seorang pemain seperti Zidane."

Bagaimanapun, Perez akur bahawa kini sudah tiada peluang buatnya untuk mendapatkan khidmat ketua pasukan Argentina itu.

Messi sudah memenangi lapan kejuaraan LaLiga dan empat kali menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Barcelona, sambil dalam masa sama memegang status pemain terbanyak memenangi anugerah Ballon d'Or dengan lima kali.

"Jika di peringkat awal, ia mungkin terjadi tetapi kini dia pemain Barcelona.

"Messi sudah berada di sana sejak kecil, jadi ia sesuatu yang sukar," tambah Perez.

Advertisement

Must Watch Video