Perebutan gelaran EPL belum berakhir, kata Kolo Toure

Shaiful Shamsudin
April 29, 2023 13:01 MYT
Perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum berakhir buat Manchester City dan Arsenal sambil Kolo Toure mengakui juara bertahan itu memiliki kelebihan.
Skuad bimbingan Pep Guardiola itu tanpa belas kasihan membelasah The Gunners dalam kemenangan 4-1, kelmarin, untuk dua mata di puncak dengan kelebihan dua perlawanan di dalam tangan.
Selepas keciciran mata dalam tiga perlawanan sebelum tewas kepada juara bertahan itu, harapan Arsenal untuk gelaran liga yang pertama sejak 2004 kelihatan semakin pudar.
Tetapi Toure -- yang memenangi menjulang trofi EPL dengan kedua-dua kelab itu sepanjang kariernya -- berasakan ia sukar diramalkan hinggalah hari terakhir musim ini biarpun City kini di landasan tepat.
"Ia belum berakhir," katanya kepada Stats Perform.

Heads up and onto the next. pic.twitter.com/59uaIyn0DQ

— Arsenal (@Arsenal) April 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Masih ada beberapa perlawanan lagi untuk diharungi. Ini satu kenyataan yang jelas daripada City. Mereka membuktikan kualiti dan mentaliti yang dimiliki.
"Mereka menunjukkan bahawa mereka mahu memenangi EPL. Dari awal musim lagi, mereka sentiasa menjadi pilihan untuk memenanginya tetapi masih ada baki beberapa perlawanan lagi.
"Arsenal telah beraksi dengan sangat baik musim ini. Mencabar City adalah sentiasa sangat-sangat sukar atas sebab pengurus dan barisan pemain yang mereka ada.
"Tetapi Arsenal mengejutkan semua orang dan hingga perlawanan terakhir, anda tidak boleh mengatakan bahawa liga sudah selesai.
"Sebaik sahaja anda membuat satu kesilapan dan anda tewas satu perlawanan, segala-galanya boleh berubah di dalam fikiran anda.
"Tekanan akan kembali menghantui. Itulah sebabnya bagi Arsenal, adalah sangat penting untuk mereka terus berjuang.
"Mereka perlu memastikan bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesilapan dalam terus berusaha menekan City."
#Arsenal #Manchester City #EPL #Kolo Toure
;