Penjaga gol, Haziq Nadzli, menganggap perpindahan ke Kuching City dari pasukan bermasalah, sebagai peluang terbaik untuk terus mempamerkan aksi cemerlang dalam kancah Liga Malaysia.
Haziq, yang menyertai Perak secara pinjaman musim lalu, diuji dengan isu tunggakan gaji dan difahamkan belum menerima pembayaran lima bulan oleh kelab berkenaan sehingga kini.
Hadir dengan reputasi selaku penjaga gol Harimau Malaya, pemain berusia 27 tahun itu tampak menjadi pilihan utama untuk menggalas posisi penjaga gawang nombor satu The Cats musim ini.
"Seperti orang kata, percaya pada rezeki yang tiba," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Selepas tamat musim lalu, Kuching menyatakan minat untuk mendapatkan saya. Kita tahu prestasi Kuching juga meningkat, jadi tiada sebab untuk saya tolak tawaran ini.
"Bagi saya, tawaran ini juga bagus untuk diri dan karier saya kerana sedikit-sebanyak, pemain yang ada di sini dapat membantu meningkatkan prestasi saya."
Kuching City akan berdepan Kelantan TRW dalam aksi pertama Liga Super pada Sabtu ini.