Stadium Hang Jebat jadi saksi kemunculan bersejarah dua jurulatih yang meniti fasa berbeza dalam karier -- pengendali berstatus legenda, Marcelo Bielsa dan Fabio Cannavaro.
Percaturan taktikal Bielsa berjaya mengeksploitasi kelemahan Uzbekistan kendalian Cannavaro sekaligus mengekalkan rekod cemerlang bersama skuad Uruguay.
Uruguay melalu proses transformasi dibawah kendalian Bielsa.
Juara dunia dua kali itu bukan hanya kuasa besar baru di benua Amerika Selatan — malah corak permainan Uruguay berubah secara total.
Gaya bola sepak moden Uruguay terlalu unggul untuk Uzbekistan bertahan sepanjang permainan selepas mengikat Uruguay tanpa jaringan di babak pertama.
Sebelum sensasi Facundo Torres dan Juan Manuel Sanabria menjulang maruah Uruguay.
Namun, lapisan pemain kedua terbaik Uruguay itu masih belum mencapai tahap yang dituntut Bielsa.
Di kem Uzbekistan — sanjungan terhormat ditujukan khas buat kapten Itali yang menjulang Piala Dunia 2006 — Fabio Cannavaro.
Cannavaro baru dilantik sebagai ketua jurulatih — dalam tempoh seminggu — bekas pertahanan terbaik dunia itu diberi pengajaran terbaik apatah lagi bakal mengemudi Uzbekistan ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah tahun hadapan.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang