Skip to main content

Bola Sepak

Percaturan Rahmad perangkap Lang Merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rd3.jpg
Strategi T-Team ketika berdepan calon juara, Kedah, nyata membuahkan hasil selepas menang besar 5-0 ke atas pasukan lawan itu dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Mendahului melalui jaringan Dilshod Sherofetdinov (m-9), T-Team berkelebihan seorang pemain selepas pertahanan Kedah, Rizal Ghazali, dibuang padang pada minit ke-30.

Kelebihan itu dimanfaatkan Mohd Nor Hakim Hassan yang menggandakan jaringan pada minit ke-37 sebelum gerakan cantik Farhod Tadjiyev disempurnakan Mamadou Samassa (m-45) untuk mereka mendahului 3-0 dalam babak pertama.

Mohd Nor Hakim melengkapkan malam gemilang The Titans selepas mencipta hatrik hasil dua lagi gol melalui serangan balas menewaskan Ifwat Akmal Che Kassim pada minit ke-59 dan 64.

Mengakui kemenangan besar itu sesuatu yang mengejutkan, pengendalinya, Rahmad Darmawan, menyifatkan keberkesanan taktikal yang diterapkan menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan.

Katanya, percaturan untuk menunggu pasukan lawan memasuki kawasan berbahaya mereka sebelum melakukan serangan balas berjaya memerangkap Kedah.

“Jika pemain-pemain beraksi dengan lebih terbuka bertemu pasukan yang berkualiti dan berpengalaman seperti Kedah, kami mungkin akan bermasalah.

“Kami tiada pilihan lain kerana Kedah diakui sebagai antara pasukan terbaik.

“Pemain-pemain tidak banyak mengawal bola, namun pergerakan kami sangat berkesan dalam melancarkan serangan balas,” ujarnya.

Berkelebihan seorang pemain juga, menurutnya, berjaya digunakan sebaik mungkin dengan lebih menguasai perlawanan pada 45 minit kedua selain berani melakukan gerakan untuk menambah jaringan.

“Pada awal permainan, kami agak panik kerana Kedah memberi tekanan dan pemain-pemain terus mengeluarkan bola dengan hantaran jauh.

“Kami menyerap serangan lawan dengan baik dan saya berpuas hati dengan sumbangan semua pemain,” tambah Rahmad.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video