Skip to main content

Bola Sepak

Perbezaan bahasa bukan masalah buat Muhammad Abu di Osaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abu.jpg
Pemain muda Selangor, Muhammad Abu Khalil, menyertai kelab Jepun, FC Osaka, sebagai pemain pinjaman untuk beraksi dalam saingan JLeague 3 selepas mendapat perhatian memukau ketika sesi percubaan, sebelum ini.

Muhammad juga merupakan ketua pasukan skuad kebangsaan B-19 yang mengakhiri cabaran di tempat keempat dalam Kejohanan ASEAN AFF B-19, baru-baru ini.

Ubi muda skuad The Red Giants itu menegaskan bahawa perbezaan bahasa tidak menjadi masalah buat dirinya untuk menonjolkan keserasian bersama pemain lain.

Dalam masa sama, Muhammad mempunyai matlamat tinggi untuk menamatkan saingan liga dalam kelompok tiga teratas bersama Osaka.

"Saya tidak merasakan keserasian ialah satu masalah yang besar kerana pemain-pemain Osaka sangat peramah dan membantu saya untuk meningkatkan prestasi ke arah lebih baik," katanya.

Advertisement

Must Watch Video