Skip to main content

Bola Sepak

Perasaan berbeza sarung jersi negara ada lambang Jalur Gemilang -- Bintang Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hh.jpg
Satu penghormatan besar buat pertahanan Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar, yang dipanggil menyertai kem Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan tier 1 menentang Singapura dan Palestin, September depan.

Jelasnya, pengumuman itu seiring dengan Hari Kemerdekaan yang akan disambut seluruh negara pada esok. 

Ia, sekali gus menambah semangatnya untuk bermain demi lencana di dada.

 

Sebagai pemain kebangsaan, Jalur Gemilang membawa makna berbeza buat pemain berusia 23 tahun itu -- lebih-lebih lagi ketika kali pertama mewakili Malaysia menentang New Zealand pada Oktober tahun lalu.

"Saya rasa kami sebagai pemain bola apabila mendapat peluang menyarung jersi negara, ada perasaan yang berbeza.

"Satu perasaan yang sangat lain. Kami sangat berbangga dan akan buat yang terbaik," katanya di Nadi Weekend.

Untuk rekod, Harith Haiqal sudah mengumpul tujuh penampilan bersama Harimau Malaya setakat ini dan merupakan tunjang utama Gergasi Merah dalam Liga Super.

Advertisement

Must Watch Video