BOLA SEPAK
Perancis, England bersatu hormati mangsa Manchester dan London
Perancis dan England memberi penghormatan kepada mangsa serangan pengganas Manchester dan London sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa mereka di Saint-Denis, awal pagi tadi.
Seorang pengebom berani mati menyasarkan pengunjung konsert pop Ariana Grande di Manchester Arena pada 22 Mei, membunuh 22 orang dan mencederakan 116 yang lain, manakala tujuh orang lagi maut dan 48 cedera apabila tiga lelaki menyerang pejalan kaki di London Bridge sebelum menyerang orang awam di sekitar Pasar Borough di ibu negara itu pada 3 Jun.
Sebelum ini, pertemuan England dan Perancis di Wembley pada November 2015 berlangsung selepas satu siri serangan keganasan di Paris yang menyebabkan 130 orang maut dan beratus-ratus cedera.
Iklan
Sebelum perlawanan itu, penyokong kedua-dua negara bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Perancis, La Marseillaise, yang disiarkan pada skrin Stadium Wembley dan meletakkan kalungan bunga.
Di Stade de France, lagu Inggeris, God Save The Queen, pula berkumandang selepas kedua-dua pasukan berjalan masuk diiringi lagu popular Oasis, Don't Look Back In Anger -- yang menjadi lagu sempena solidariti terhadap tragedi Manchester.
God Save The Queen dinyanyikan dan menerima penghormatan oleh semua pihak, termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dan Perdana Menteri UK, Theresa May, sebelum kedua-dua kesebelasan utama bersama-sama bertafakur selama seminit .
Must-Watch Video