Perancang Harimau Malaya, Hector Hevel, beraksi selama 90 minit ketika membantu Portimonense menewaskan Pacos Ferreira dalam perlawanan Segunda Liga Portugal di Portimao malam kelmarin.
Dalam perlawanan itu, Hevel , yang memakai jersi nombor 31, kerap menjana gerakan serangan tuan rumah, yang meraih kemenangan 2-0 hasil jaringan penalti Tamble Monteiro dan Paulo Vitor dalam babak pertama.
Keputusan itu menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan kelab berkenaan untuk melonjak ke tangga ke-13 liga dengan 33 mata selepas tiga perlawanan.
Kemenangan itu juga menyaksikan Portimonense kian menjauh daripada zon penyingkiran.
Sebagai rekod, Hevel melakukan penampilan pertama sebagai pemain warisan Harimau Malaya sewaktu skuad negara mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Nepal dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 25 Mac lalu.
Pemain berusia 28 tahun itu turut menjaringkan gol pembukaan skuad negara dalam babak pertama.