Skip to main content

Bola Sepak

Perak tiada masalah dengan pertukaran jadual

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

prkvskel6_1.jpg
Pengurus pasukan Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, berkata skuad The Bos Gaurus tiada masalah dengan penundaan tarikh perlawanan Liga Super bagi memberi laluan kepada skuad Harimau Malaya mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa pada 1 April ini.

Sebagai pasukan profesional, menurut Ahmad Shahrul, apa jua perubahan, termasuk pindaan jadual, perlu diterima dan mengambil peluang itu bagi mencari jalan mengatur kembali struktur pasukan.

"Kesannya bukan kepada satu pasukan tetapi semua. Setiap pasukan tertakluk kepada keputusan jawatankuasa.Adalah lebih baik jika kita sentiasa bersedia dan bersikap profesional," katanya.

Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) telah memutuskan bahawa jadual perlawanan keenam dan ketujuh Liga Super pada 30 dan 31 Mac serta 1 dan 4 April ditunda ke tarikh 5, 6, 10 dan 11 Jun.

Aksi Liga Perdana pada 29, 30 dan 31 Mac serta 2, 3 dan 4 April pula ditangguhkan ke tarikh 9, 10, 23 dan 24 April.

Mengenai undian suku akhir Piala FA bertemu PKNS pada bulan depan, bekas ketua pasukan negara itu mempunyai harapan tinggi.

"Bagi saya, Perak tidak akan turun untuk misi balas dendam tetapi lebih bersemangat untuk mempamerkan mutu bola sepak yang lebih baik. Sesiapa yang kurang melakukan kesilapan, maka ia mampu pergi lebih jauh," ujarnya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video