Skip to main content

Bola Sepak

Perak mara ke separuh akhir Piala Presiden

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

26916pialapresidenperak.jpg
Walaupun tewas 1-0 dalam saingan suku akhir pertama Piala Presiden di Alor Setar, Perak kembali menyengat apabila menang 2-0 ke atas Kedah ketika aksi pusingan kedua di Ipoh, sebentar tadi.

Dengan ini, pasukan kendalian jurulatih, Mohd Sayuddin Mohd Isa, ini mara ke separuh akhir dengan agregat 2-1 dan akan bertemu pasukan T-Team yang menewaskan Johor Darul Ta'zim III (JDT III), juga dengan agregat yang sama di Pasir Gudang.

Mengulas mengenai perlawanan sebentar tadi, Sayuddin berkata, pemainnya mempamerkan semangat juang yang tinggi dan mengikuti struktur taktikal latihan sambil menafikan gerakan barisan tengah pihak lawan.

"Kami tahu Kedah mempunyai kawalan bola yang baik. Oleh itu arahan diberi, 'hentikan jentera tengah'.  Alhamdulillah, ia berkesan."

Sementara itu pengurus pasukan, Zainal Annuar Abd Rashid, mahu anak buahnya terus bersemangat menentang T-Team nanti.

"Kami sudah berjumpa T-Team dua kali dalam pertembungan Kumpulan B yang mana kami tewas sekali dan menang sekali. 

"Tapi di peringkat separuh akhir nanti, pasti corak permainan akan berbeza", ujarnya lagi.

Perlawanan separuh akhir pertama akan berlangsung di Stadium Perak pada 3 Oktober ini.

Advertisement

Must Watch Video