Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Perak jadi destinasi Haziq Nadzli buka lembaran baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haziq-2024.jpg
Perak menjadi destinasi terbaru buat penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli, bagi musim 2024/25..

Hampir lapan tahun bersama JDT dan merangkul banyak gelaran bersama Harimau Selatan, Haziq kini bakal menempuhi satu cabaran baru bersama Perak bagi musim baharu.

Kehadiran penjaga gol dari Negeri Sembilan, Syihan Hazmi Mohamed menyukarkan peluang untuk turun beraksi dalam kesebelasan utama.

Menerusi pengumuman oleh laman Perak FC, Haziq secara rasminya bakal menjadi rekrut terbaru The Bos Gaurus bagi musim 2024/25.

Sebelum ini, pasukan kendalian Yusri Che Lah juga sudah diperkuatkan dengan penjaga gol berpengalaman PDRM, Mohamad Ramadan Abd. Hamid yang turut membawa haluan ke utara tanah air.

Dengan kehadiran Haziq bermakna Perak sudah membawa masuk lapan pemain baharu, antaranya, Luiz Henrique Motta (Brazil), Lee Tae Min (Korea Selatan), Adilet Kanybekov (Kyrgyzstan), Ariff Ar-Rasyid Ariffin, Mohamad Ramadhan Ab. Hamid, Nur Azfar Fikri Azhar dan Tommy Mawat.

Advertisement

Must Watch Video