Pep Guardiola memberikan bayangan karier Jack Grealish bersama Manchester City mungkin akan berakhir selepas perbincangan jujur antara pemain sayap itu dan kelab baru-baru ini.
Grealish menyertai The Netizens dari Aston Villa pada 2021, namun dia gagal menemui prestasi terbaiknya di City sebelum diketepkan daripada skuad Guardiola dalam aksi Piala Dunia Kelab 2025.
Dalam 94 perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dia hanya menjaringkan 12 gol, berbanding dalam musim terakhir pemain berusia 29 tahun itu yang menjaringkan enam gol dan 10 bantuan jaringan ketika musim terakhirnya bersama Villa.
"Terdapat perbincangan antara dia dan kelab, dan mereka memutuskan keputusan yang terbaik. Jack adalah pemain luar biasa.
"Saya tidak tahu jika masa depannya bersama City, kita lihat nanti. Untuk sekarang, dia masih lagi pemain Manchester City.
"Satu-satunya sebab mengapa dia tidak bermain musim lalu adalah semestinya kerana keputusan saya. Hakikatnya dalam dua musim lalu, dia tidak banyak mengumpul minit permainan. Dia perlu kembali bermain bola sepak." katanya.
Dalam pada itu, Bernardo Silva bakal menggalas selaku ketua pasukan daripada Kevin De Bruyne yang telah menyertai Napoli.

? Pep Guardiola confirms Jack Grealish exit: “Jack, exceptional player… he has to play”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 17, 2025
“In the last two seasons he didn't play much and he has to come back to play, have the butterflies in his stomach that he can play every three days and show again the quality he has”. pic.twitter.com/6nNChuefj3