Stadium Astro logo
EPL

Penyokong United memalukan -- Guardiola selar tindakan kutuk ibu Phil Foden

article-author-avatar
Ammar Hakim 07/04/2025 | 00:06 MYT
Article ribbon Penyokong United memalukan -- Guardiola selar tindakan kutuk ibu Phil Foden
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, berpandangan penyokong Manchester United tidak memiliki mentaliti yang baik selepas melaungkan sorakan bersifat mengutuk ibu Phil Foden ketika aksi derby semalam.
Guardiola berkata penyokong musuh setempat mereka sepatutnya berasa malu kerana menyasarkan pemain antarabangsa England itu ketika dia meninggalkan padang berikutan keputusan seri tanpa jaringan di Old Trafford.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia berkata: "Laungan itu untuk Foden? Cukup memalukan. Tetapi kritikan ini bukan untuk United, tetapi kepada penyokong mereka.
“Sekarang semua maklumat didedahkan kepada semua. Pengurus, pemilik dan pemain bola sepak, terutamanya.
"Sejujurnya, saya tidak faham fikiran orang ramai, perkara ini melibatkan ibu Foden.
"Mereka sepatutnya malu dengan diri sendiri. Tetapi itulah yang berlaku, ia berlaku di mana-mana sahaja, saya katakan, bukan sahaja di UK, di mana-mana sahaja."
Kebuntuan itu bermakna City terlepas peluang untuk kembali ke empat teratas Liga Perdana Inggeris manakala United terus merudum di tangga ke-13.
#Manchester City #Manchester United #EPL