Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong Sepanyol tuntut Inigo Martinez disenaraihitamkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

inigo-martinez_1.jpg
Penyokong Sepanyol berharap pemain Barcelona, Inigo Martinez, terus dipinggirkan untuk panggilan antarabangsa.

Pertahanan berusia 33 tahun itu memuatkan naik gambarnya di laman sosial ketika meraikan perarakan menjuarai LaLiga dengan kapsyen 'Viva Catalonia' sambil mengibarkan bendera Catalonia yang dilabel sebagai tidak patriotik kerana menyokong gerakan membebaskan wilayah itu. 

Justeru, ketua jurulatih kebangsaan, De la Fuente, diseru agar tidak menyenaraikannya bagi kempen Piala Negara-Negara dan kelayakan Piala Dunia 2026. 


 

Advertisement

Must Watch Video