Pihak berkuasa Jerman mengesahkan seorang penyokong yang hadir pada perlawanan final Liga Negara-Negara Eropah membabitkan Portugal dan Sepanyol maut selepas terjatuh dari tempat duduk Stadium Allianz Arena.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang berlangsung di tingkat dua stadium tersebut.
Pasukan perubatan yang bergegas ke lokasi tersebut cuba memberikan bantuan kecemasan pada mangsa.
Mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika perlawanan kedua-dua pasukan baru sahaja memasuki masa tambahan.
Perkara tersebut turut disahkan oleh pihak UEFA yang kemudianya turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Turut berkongsi ucapan takziah termasuklah kedua-dua pengendali pasukan, Luis de la Fuente dan Roberto Martinez sejurus perlawanan berakhir.