EPL
Penyokong Manchester City gesa ubah jadual sepak mula Piala Perisai Komuniti
Kumpulan penyokong Manchester City menuduh Persatuan Bola Sepak (FA) sekadar melakukan usaha seminimum yang mungkin dalam meminda masa sepak mula Perisai Komuniti.
Justeru, 'Kumpulan 1894' menggesa meminta perubahan selanjutnya dilakukan segera atau penyokong akan memboikot perlawanan pembukaan musim ini membabitkan juara 'treble' itu.
City dijadual menentang Arsenal di Wembley pada 6 Ogos depan selepas sepak mulanya pada asalnya dari pukul 5.30 petang diawalkan.
Iklan
“Fans can make a difference”: #MCFC fans want a 3pm kick-off in Community Shield & @WeAre1894 say fans must push back against the huge sway broadcasters have over kick-off times: https://t.co/YMqsPm43Us pic.twitter.com/3xmzvV3h7v— The FSA (@WeAreTheFSA) July 4, 2023
Selepas aduan berterusan, FA bersama penyiar ITV kemudian meminda permainan ke jam 4 petang.
Ia belum cukup untuk memuaskan hati sesetengah peminat dan tatkala mereka tidak lagi menjangkakan satu kempen "boikot penuh", 1894 masih berasakan sepak mula perlu diawalkan sejam lagi.
Must-Watch Video