Penyokong mahu JDT sertai Piala Sultan Selangor
Saufi Tahir
Ogos 19, 2024 18:01 MYT
Ogos 19, 2024 18:01 MYT
Penyokong bola sepak tempatan mehukan juara Liga Super kali ke-10 berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), agar turut serta dalam kejuaraan Piala Sultan Selangor edisi seterusnya.
Ini susulan perseteruan antara Singapura dan Selangor yang sudah kian berlalu, maka JDT merupakan antara pasukan lawan yang mampu memberikan saingan sengit buat pasukan dari Lembah Klang itu.
Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kelihatan menyindir penganjuran Piala Sultan Selangor dalam satu kiriman di Intagram Story.
Pasukan pilihan Selangor muncul juara buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan pasukan pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka, Sabtu lalu.
Untuk rekod, Piala Sultan Selangor atau sebelum ini dikenali sebagai Piala Raja Muda Selangor pertama kali diadakan pada tahun 2001 di Stadium Shah Alam dengan kejohanan itu merupakan anjuran peribadi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, yang meminati arena bola sepak sejak dari muda, terutama membabitkan pertemuan Selangor dan Singapura yang epik dan penuh nostalgia.