BOLA SEPAK MSIA

Penyokong label jersi baru Harimau Malaya kurang 'surr'

Saufi Tahir 23/01/2025 | 04:55 MYT
Rata-rata penyokong Harimau Malaya memberikan pandangan variasi mengenai jersi baru skuad kebangsaan yang diperkenalkan dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Sunway Pyramid Mall, hari ini.
Jersi itu diperkenalkan dengan dua warna ikonik iaitu kuning dan hitam yang akan menjadi pakaian rasmi skuad negara beraksi di laman sendiri dan tempat lawan.
Jersi baru skuad negara itu mengenakan jenama sukan antarabangsa baru iaitu Puma selepas menandatangani kerjasama selama empat tahun dengan menampilkan teknologi Ultraweave Revolusioner yang akan memberikan bentuk ringan, fleksibiliti dan ketahanan.
#bola sepak #Harimau Malaya
;