Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong kurang di stadium tidak bermakna mereka tidak ikuti -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah.jpg
Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan angka lebih 50 ribu penyokong yang hadir menyaksikan final Piala Malaysia 2024/25 bukanlah suatu angka yang kecil bagi sesuatu perlawanan bola sepak.

Dia turut menjelaskan beberapa faktor lain perlu diambil kira dalam mengulas isu kedatangan penonton ke stadium dan antaranya konsert Amy Search yang sedang berlangsung pada waktu yang sama di lokasi berhampiran turut menjejaskan bilangan penonton yang hadir.

Namun, final semalam tetap mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat susulan mengikut perbandingan daripda jumlah kehadiran final Piala Malaysia tahun lalu mencecah seramai 80,550 penyokong, jelas menunjukkan perbezaan hampir dua kali ganda dari tahun ini. 

"Saya kira lebih daripada 50,000 tiket dan peserta yang hadir, bukan nombor kecil dan kita sekarang dalam musim hujan selain konsert Amy Search sedang berlangsung dalam waktu yang sama.

"Untuk kita, kita tela lakukan skrin besar di negeri masing-masing jika tidak dapat hadir ke SNBJ, ini menunjukkan peserta kekurangan stadium tetapi tidak bermakna mereka tidak mengikuti perlawanan, ketika ini banyak medium," katanya.

Sementara itu, dia turut menegaskan penyokong yang terlibat dalam pergaduhan sebelum perlawanan final bermula semalam telah diberkas polis dan ianya masih dalam siasatan mereka.

Dia ditemui semasa Konvensyen Rakan Muda 2025 (Kelab Rakan Muda dan Sekretariat Rakan Muda) yang berlangsung di Pearl Hotel, Kuala Lumpur, hari ini.
 

Advertisement

Must Watch Video