Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong kecewa Jon Irazabal tinggalkan Sabah FK selepas tiga musim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jon.jpg
Penyokong Sabah FK meluahkan rasa kekecewaannya terhadap pemergian pemain warisan negara iaitu Jon Irazabal selepas tiga tahun menyumbangkan khidmat buat pasukan itu.

Pemain kacukan Malaysia-Sepanyol berusia 28 tahun itu telah melakukan 98 penampilan sebagai pilihan utama pasukan, selain menjaringkan enam gol untuk kelab Liga Azerbaijan itu.






Pencapaian terbaik pertahanan negara itu adalah ketika merangkul gelaran Piala Azerbaijan pada 31 Mei lalu dan memacu kelab itu memperoleh kedudukan terbaik dalam kancah liga iaitu naib juara dan tempat ketiga sebelum ini.

"Dia telah mencapai tahap terbaik dalam kerjayanya (bola sepak). Boleh dapat gaji lebih tinggi. Anda tidak akan dapat pemain yang lebih berkelas seperti dia lagi." katanya dalam satu hantaran yang tular.

Advertisement

Must Watch Video