Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong gusar 'Ronaldo Pakistan' bergelut bersama KRW

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

otis.jpg
Penyerang import baru Kelantan Red Warrior (KRW), Otis Khan, mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan pramusim menentang Terengganu meskipun pasukannya tewas 0-6 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abiddin, Kuala Terengganu, kelmarin.

Tumpuan peminat bola sepak khususnya penyokong KRW pastinya terarah untuk melihat kelincahan pemain yang pernah mewakili skuad remaja Manchester United itu di Liga A1 Semi-Pro yang bakal membuka tirai pada 2 Ogos ini.

Begitupun, rata-rata penyokong setia Pakistan menyuarakan pendapat mengenai corak permainan KRW yang dilihat kurang memberi sokongan terhadap Otis Khan di jentera serangan.

 


Menerusi satu hantaran di laman Instagram, seorang penyokong Pakistan berkongsikan: ""Hanya beberapa pemain beraksi baik termasuk Otis, tetapi tiada sokongan daripada rakan sepasukan untuk membantu dia." katanya.

Selepas ini, skuad kendalian Irfan Bakti itu akan berdepan pasukan Selangor II bagi aksi pertama saingan liga A1 Semi-Pro pada Isnin depan.




Advertisement

Must Watch Video