Jentera serangan AC Milan bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran penyerang, Noah Okafor, daripada Red Bull Salzburg.
Pemain antarabangsa Switzerland berusia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun hingga 30 Jun 2028.
Okafor yang merupakan pemain akademi di Basel telah membuat penampilan sulung profesionalnya pada 2018 dengan merakamkan tujuh gol dalam 54 perlawanan.
Dia berpindah ke Salzburg pada Januari 2020 dan menarik perhatian Milan selepas menjaringkan 34 gol dalam 110 penampilan seerta membantu kelab itu memenangi empat kejuaraan Bundesliga Austria dan tiga Piala Austria.
Ketika mengumumkan perpindahan itu, ciapan di Twitter Salzburg berbunyi: “Noah Okafor telah menyertai @acmilan secara perpindahan tetap.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepadanya atas sumbangan besar yang diberikannya kepada kelab kami dan selamat maju jaya untuknya apabila menyertai salah satu kelab terbesar di dunia. Jumpa lagi, Noah.”

? @noah_okafor: welcome Noah ✍
— AC Milan (@acmilan) July 22, 2023
#ACMQuest #SempreMilan pic.twitter.com/B7vVSgNisd