Media Amerika Selatan tanpa diduga memuji nama penyerang warisan Malaysia, Rodrigo Holgado, selepas kemenangan mengagumkan ke atas pasukan kebangsaan Vietnam.
Pasukan kebangsaan Malaysia baru sahaja mencatat kemenangan 4-0 ke atas pasukan kebangsaan Vietnam pada pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2027.
Holgado muncul penjaring gol kedua perlawanan dengan menampilkan keunggulannya menyarung jersi Malaysia ketika membelasah pasukan kendalian Kim Sang-sik.
Dalam perlawanan menentang pasukan kebangsaan Vietnam, Rodrigo Holgado menimbulkan banyak masalah kepada pertahanan Golden Star Warriors.
Rodrigo Holgado dilahirkan di Argentina, dan neneknya warga Malaysia. Ketika ini, bermain di Liga Colombia bersama America de Cali.
Sejak awal musim, Holgado telah menjaringkan tujuh gol dan dya bantuan selepas 15 penampilan untuk pasukan Amerika Selatan.
Selepas perlawanan itu, banyak akhbar Amerika Selatan menabur pujian untuk penyerang naturalisasi Malaysia itu.
"Holgado membuat penampilan sulung yang hebat untuk pasukan kebangsaan Malaysia dengan satu gol dalam kelayakan Piala Asia.
"Holgado menjaringkan gol kedua dalam kemenangan gemilang Malaysia 4-0 ke atas Vietnam dalam perlawanan kedua Kumpulan F. Dia menghadirkan teknik yang cukup berkualiti dan menjaringkan gol dengan penuh bergaya."
Sementara itu, akhbar NTN24 Colombia menulis, "Penyerang Argentina Rodrigo Holgado, yang kini bermain untuk America de Cali, menjaringkan gol dalam kelayakan Piala Asia 2027. Ini adalah gol pertamanya untuk pasukan Malaysia, yang kini mendahului Kumpulan F dalam kelayakan Piala Asia dan akan mengekalkan kedudukan ini sehingga Oktober, apabila kejohanan disambung semula. Tanpa sebarang kejutan untuk pasukan Malaysia, Holgado akan meneruskan mewarnai skuad Malaysia."