Skip to main content

Bola Sepak

Penyerang naturalisasi Harimau Malaya sah sertai pasukan baru Thai League 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aguero.jpg
Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Sergio Aguero, sah menyertai kelab yang baru dinaikkan ke Thai League 1, Kanchanaburi Power.

Perkara itu disahkan presiden kelab itu, Prawat Kithammakunnit, dalam satu hantaran media sosial malam tadi.

"Sergio Aguero akan tiba pada 2 Julai nanti," tulisnya.

Selepas pasukan asalnya, Sri Pahang, tidak bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan, Aguero kemudian dikaitkan untuk menyertai DPMM dan Kelantan Darul Naim.

Bagaimanapun, Kapten ASEAN All-Stars itu kelihatan memilih untuk beraksi di luar negara.
 

Advertisement

Must Watch Video