Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Sergio Aguero, diumumkan secara rasmi menyertai kelab Thailand, Kanchanaburi Power.
Kanchanaburi Power, yang baru dinaikkan ke saingan Thai League 1, mengumumkan perkara itu dalam satu kiriman media sosial malam tadi.
Selepas pasukan asalnya, Sri Pahang, tidak bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan, Aguero kemudian dikaitkan untuk menyertai DPMM dan Kelantan Darul Naim.
Bagaimanapun, kapten ASEAN All-Stars itu kini disahkan menjadi milik The Iron Horse.
Sebagai rekod, Aguero, 31, mula menyertai Liga Malaysia bersama Melaka United pada 2016 sebelum menyertai Sarawak United, Penang, Kuala Lumpur Rovers, Perak dan Sri Pahang.
Dia menukar kerakyatannya daripada Argentina kepada Malaysia pada 2022 dan melakukan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya ketika menentang Kemboja dalam Kejohanan AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.