Skip to main content

Bola Sepak

Penyerang iras Indra Putra Mahayuddin dari Palestin, harapan baru Kelantan Darul Naim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indra-putra.jpg
Pemain sayap Kelantan Darul Naim (KDN), Layth Kharoub, mengesahkan perpindahan masuk bagi memperkuatkan skuad dari Pantai Timur itu musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan abang kepada kapten KDN, Oday Kharoub, juga turut berkeupayaan bermain di posisi penyerang dan turut berada dalam kesebelasan utama KDN menentang Kuching City malam ini.


 

Melalui laman rasmi KDN, mengesahkan bahawa pemain kelahiran Palestin itu menyertai skuad Kijang Emas setelah berjaya menjalani sesi pemilihan ketat bersama barisan kejurulatihan sejak Julai lalu.

Sepanjang beraksi bersama skuad kebangsaan Palestin pada 2020, dia telah mengumpul sebanyak 11 caps dan menjaringkan liam gol buat negaranya itu.



 

Advertisement

Must Watch Video