Penyerang Nottingham Forest, Taiwo Awoniyi, ditidurkan bagi membantu pemulihannya sejurus menjalani pembedahan perut, menurut laporan awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Nigeria itu dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan, semalam, berikutan kecederaan serius yang dialaminya ketika seri 2-2 dengan Leicester dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tidak pernah terlintas ramai bahawa situasi pemain berusia 27 tahun itu boleh dianggap mengancam nyawanya dan difahamkan proses ini akan membantu menyekatnya daripada banyak bergerak selain bagi tujuan mengawal kadar denyutan jantungnya.
Awoniyi terlanggar tiang ketika cuba menjaringkan gol pada minit-minit akhir ketika menentang Leicester dan selepas beberapa minit menerima rawatan, dia dibenarkan menyambung aksinya.
Awoniyi kelihatan beraksi dalam keadaan tidak selesa tatkala Forest mengejar tiket Liga Juara-Juara (UCL) selain sudah menggunakan kesemua pemain gantian.
Tahap kecederaan Awoniyi hanya diketahui oleh kakitangan perubatan kelab itu kelmarin dan lantas dia dikejarkan ke hospital untuk pembedahan.
Forest kemudian berkongsi maklumat terbaru bahawa Awoniyi "sedang sembuh dengan baik".