Skip to main content

Bola Sepak

Penswastaan kelab: Tiga pasukan diberi kelonggaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

footballs-generic.jpg
Tiga pasukan Liga Malaysia (Liga-M) diberikan kelonggaran sehingga tengah malam ini untuk melengkapkan proses penswastaan.

Felda United, PDRM dan UKM FC dilaporkan masih belum melengkapkan proses berkenaan pada tempoh akhir yang ditutup jam 5.00 petang tadi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bagaimanapun, memberikan kelonggaran untuk pasukan berkenaan melengkapkan pendaftaran mereka sehingga tengah malam ini dan sekiranya masih gagal, mereka berkemungkinan akan diturunkan ke Liga M3 dan tidak dibenarkan menyertai saingan peringkat Asia musim depan.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesional FAM, Firdaus Mohamed, berkata: "Pasukan-pasukan kelab yang menggunakan nama syarikat seperti Felda, saya rasa mereka perlu mendapatkan persetujuan daripada lembaga pengarah Felda itu sendiri.

"Itu adalah antara dokumen yang kami perlukan untuk memastikan Felda membenarkan untuk pasukan itu diswastakan.

"Termasuk UKM juga, kami tidak mahu ada isu-isu lain yang timbul pada kemudian hari kerana tidak mendapat persetujuan daripada lembaga pengarah itu sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PDRM, ACP Zulkefly Yahya, berkata kelewatan pasukan itu melengkapkan proses berkenaan adalah disebabkan mereka perlu membuat keputusan yang tepat sama ada mahu kekal bersaing dalam liga profesional atau Liga M3 musim depan.

"Ia 50-50 sama ada kami mahu swastakan pasukan ini atau tidak, sama ada kami mahu bermain dalam liga profesional atau Liga M3.

"Kami mempunyai pilihan untuk bermain dalam Liga M3 dan kami boleh bermain dalam M3.

"Tapi untuk jangka panjang, amat sayang kerana kami sudah sekian lama berda dalam Liga Super atau Liga Perdana.

"Jadi, apabila diturunkan ke Liga M3, kami berasa sayang dan membuat keputusan untuk melengkapkan proses itu," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video