"Penswastaan kelab tidak akan gagal jika pihak pengurusan bijak mengambil peranan," kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, yang tidak bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, menganggap penswastaan pasukan Liga Malaysia sebagai satu kegagalan.
Baginya, penswastaan itu tidak boleh dianggap gagal kerana ia adalah kriteria wajib yang ditetapkan Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) dalam memartabatkan Liga Super untuk diiktiraf dunia.
Sebaliknya, kemahiran pihak pengurusan dalam mencari dana adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan dan kelemahan dalam sektor itu mengakibatkan banyak kelab besar berkemungkinan akan mengangkat bendera putih musim depan.
"Saya tidak bersetuju, bagi saya tiada perkara yang sempurna," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Kalau kita imbas kembali peralihan daripada FA kepada FC, ia adalah salah satu syarat untuk kita bersaing di peringkat lebih tinggi.
"Bagi saya, kegagalan itu mungkin bukan daripada segi badan induk, ia melibatkan kelab-kelab itu tersendiri.
"Pendek kata, kita perlu cerminkan diri kita dahulu sebelum melakukan apa-apa.
"Yang kedua faktor dana. Jika pengurusan bagus, tiada dana tidak boleh jalan juga. Kedua-duanya perlu seiring.
"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar (buat Selangor), tiada apa-apa isu yang besar.
"Kalau hendak kata gagal itu, saya rasa tidak, ia tentang bagaimana anda menguruskan setiap situasi."