Skip to main content

Bola Sepak

Penswastaan kelab: Selangor lebih beruntung berbanding pasukan lain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menganggap pasukan itu sebagai beruntung dalam proses penswastaan kelab.

Ini kerana dua anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), mengambil cakna mengenai keperluan pasukan kesayangan rakyat negeri itu.

Menurutnya, jika ada pasukan gagal dalam penswastaan berkenaan, ia bermakna ada yang tidak kena dengan pihak pengurusan pasukan itu dalam mengatur kewangan masing-masing.

"Saya fikir Selangor merupakan salah satu pasukan yang bernasib baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Ia di mana syarikat-syarikat Kerajaan Negeri masih mampu untuk memberikan sumbangan kepada kelab, bukan sahaja daripada segi penajaan, malah MBI dan PKNS sendiri adalah antara pemegang taruh dalam kelab ini.

"Jadi, kerana itu saya katakan Selangor antara pasukan yang bernasib baik.

"Kelab-kelab lain pula, mungkin mereka kurang bernasib baik dan sekiranya dana kita kurang, kita perlu berbelanja mengikut kemampuan," katanya lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video